[berita: Tapak Pelupusan Sampah Haram Punca Pencemaran Air]

[berita: Tapak Pelupusan Sampah Haram Punca Pencemaran Air]

[Berita: Tapak pelupusan sampah haram punca pencemaran Air]
Oleh Ahmad Suhael Adnan
[email protected]
.
.
KUALA LUMPUR: Tapak pelupusan sampah haram dikesan menjadi punca air kolam di Taman Pinggiran Delima, Hulu Langat tercemar dan berbau busuk serta kehitaman.

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tapak pelupusan itu yang terletak di bahagian hulu kolam, ditemui sepasukan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menjalankan siasatan pada Khamis lalu.

Katanya, JAS mendapati air larut resap dari tapak itu mengalir ke dalam longkang di bahu jalan sebelum memasuki kolam berkenaan yang menyebabkan pencemaran dan bau busuk.

"Selain penduduk Taman Pinggiran Delima, pemaju projek lebuh raya berdekatan juga terkesan dengan air larut resap yang mengalir ke longkang bahu jalan merentasi tapak projek berdekatan.

"Atas sikap prihatin, pemaju projek lebuh raya itu membantu menyelesaikan masalah pencemaran menerusi teknologi terkini dengan memasang 'active polymer block'.

"Ia akan dipasang di lokasi tertentu sepanjang sistem perparitan aliran keluar air larut resap bagi membolehkannya dirawat supaya airnya bersih dan tidak menjejaskan aktiviti harian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isu air kolam berbau busuk dan tercemar dihadapi penduduk Taman Pinggiran Delima itu mendapat perhatian dan disiarkan melalui Berita RTM TV1, pada Khamis lalu.

Wan Junaidi berkata, operasi tapak pelupusan sampah haram itu sudah dihentikan dan pagar ke tapak terbabit sudah dikunci oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Katanya, JAS akan terus memantau peningkatan kualiti air kolam di Taman Pinggiran Delima itu secara berterusan, manakala kualiti air Loji Rawatan Air Bukit Tampoi di kawasan itu didapati tidak terjejas.

Kesalahan pembuangan sampah ke tapak pelupusan haram hingga menyebabkan pencemaran air larut lesap boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, dan denda selanjutnya tidak lebih RM1,000 sehari jika kesalahan ini masih diteruskan selepas penyampaian notis dari Ketua Pengarah JAS.
.
Nak rawat air paip di rumah anda? Tekan link bawah untuk maklumat lanjut.
.
http://HWPantaiTimur.wasap.my
http://HWPantaiTimur.wasap.my
http://HWPantaiTimur.wasap.my
.
.
#hijrahwater #penapisairHalal #dispenserair #penapisairrumah #penapisHijrah #HQ #HijrahwaterHq #sistemrestoren #wakafHijrah #wakafpenapisair #penapisairIKS #penapisairKafe #penapisairHotel #penapisairmurah #belipenapisair #airHijrah #airalkali #airkolagen #airHijrah #oemair #pengilangankontrak #airjenamasendiri #airbrandsendiri #vendingmachine #sahamakhirat #pelaburan #incomepasif #duitbuatduit #janapendapatan #ejen #stokis #usahawanHijrah